Wednesday, January 13, 2010

AREZZO; KOYAK DAN MENANG

December 30, 2007 17:57 PM

Taktik Gores Dan Menang Kini Jadi Koyak Dan Menang, Tujuh Ditahan

GUA MUSANG, 30 Dis (Bernama) -- Tujuh lelaki ditahan di sini semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan jualan langsung mengunakan taktik `Koyak dan Menang', iaitu konsep jualan yang seakan-akan menyamai `gores dan menang' yang diharamkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) awal bulan ini.Kegiatan berkenaan terbongkar ekoran penangkapan semua lelaki yang berumur antara 15 dan 35 tahun itu oleh sepasukan anggota polis cawangan jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, kira-kira pukul 8 malam.Semua mereka yang berasal dari Ipoh, Perak, ditangkap dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Bandar di sini, selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan mereka.Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Kuala Krai, Halijah Sandiman ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Akta Jualan Langsung (AJL) 1993.Menurutnya lelaki-lelaki itu dipercayai dalam perjalanan kembali ke penginapan mereka selepas menjalankan urusniaga di sekitar bandar, dan semasa diperiksa polis turut menemui kad-kad `koyak dan menang' bersama lima barangan yang dipercayai untuk ditawarkan sebagai hadiah.Beliau seterusnye memuji sikap penduduk tempatan yang bertindak segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan penipuan itu, sehingga membawa kepada penangkapan tersebut.Halijah berkata siasatan mendapati kumpulan berkenaan menggunakan taktik yang seakan-akan sama dengan kegiatan `gores dan menang' dimana pelanggan ditipu seolah-olah memenangi barang-barang seperti tilam, penapis air, mesin jahit, microwave dan dapur, namun ia tidak boleh dituntut pada hari yang sama.Menurutnya `para pemenang' koyak dan menang itu hanya dijanjikan akan menerima hadiah-hadiah yang didakwa dimenangi mereka pada harga yang `istimewa', selepas mereka membuat bayaran.-- BERNAMA

5 comments:

  1. to pembaris patah, i think u r stupid, bcoz u dun knw d meaning scratch&win.. well, have 2say, scratch&win really tipu sbb nothing u can get frm the company n wat prize also cannot get, plus, u need 2go somewhere opis ke atau mane utk bayaran..

    ReplyDelete
  2. to pembaris patah, i think u r stupid, bcoz u dun knw d meaning scratch&win.. well, have 2say, scratch&win really tipu sbb nothing u can get frm the company n wat prize also cannot get, plus, u need 2go somewhere opis ke atau mane utk bayaran..

    ****LA..LA..LA..INI MESTI ORANG2 AREZZO PENIPU NI..KENAPA SYARIKAT U BAYAR BALIK DUIT I KALAU TAU SYARIKAT U WAT KEJE BETUL?PENIPU..PENIPU...AREZZO PENIPU!****HAHAH!

    ReplyDelete
  3. i jus dun understand y u mcm kid? klu i kj kat arezzo, i pun malas layan u, ape yg i blh dpt frm u? nonsense.. i jus feel really malu.. if u wan 2help, u cn trus apply kj kat tribunal la.. lg, if u hav time, tolonglah bace srt kbr.. tgk ape ialah scratch&win, pndai2 je.. ish..

    ReplyDelete
  4. Pembaris patah Supporter's:
    to anonymous, yg ko mention tu taktik lama, ni korg ni memperdayakan customer utk beli brg korg ni yg kualiti pun xtaulgi(xde sah SIRIM pn) dgn hrga yg mahal.....
    kl taktik cm ko mention, kl ko beli....ko la STUPID....hahaha, watever pn korg takut nk gi tribunal....STUPID n PENAKUT

    ReplyDelete
  5. Ini bkn teknik meniaga, ini tipu. Cr pn sama jer. Kalau x ade org kecoh2 kt tenet ni, lg ramai lh org kn tipu.

    ReplyDelete