salam...
lama x update blog ni, tapi, any q kat entry ttp saya layan kalau ada masa..
sampai sekarang saya pelik, lps bayar barang kat giant xxx tu, nape saya n hubby tak lagi menjadi tarikan orang arezzo untuk di offer (plz take note that i mean staf2 baru diorang..yang lama2 mmg la knal kami)..adakah muka kami dah terpapar kat ofis diorang..muka untuk dijauhi!!!???atau..diorang tahu..muka kami ni kalau di offer, kalau tak kasut saya, kasut suami saya yang naik kat muka diorang..
p/s: serius..semua staf lama yang kami terkena dulu dah xde..saya tak nampak lagi muka lelaki cina n pompuan melayu yang kenakan kami..dah naik pangkat kut? atau dah dihantar ke pulau maldives..kenakan orang kat sana pulak!!!???.. atau dah dilanggar lori sayur ngan mangsa yang marah!? wallahua'lam.
Sunday, November 28, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Big Hye to All Alumni of Arezzo Victims..:)
Dari masa ke semasa ada je mangsa baru, mgkin ada yang share kat sini, ada yang tidak..x kisah la..yang penting jangan putus asa..n kenal2 lah tribunal pengguna kalau orang2 jahat arezzo ni xnak bekerjasama memulangkan duit anda..
Monday, June 28, 2010
MANGSA PENIPUAN AREZZO
RM8989.20...Wow, ni amount terbesar yang pernah kita dengar setakat ni..tapi, Alhamdullilah mangsa yang menggunakan nick "mangsa penipuan arezzo" ni berjaya refund balik duit dia..refer entry n comment di bawah ni..
"http://arezzo-products.blogspot.com/2010/01/mangsa-arezzo-strategi-pemasaran.html?showComment=1277353612843_AIe9_BEaSoDcdz45VIBLWIZabLR_2TwqedJ_I5xZh7lixGnWgkbW0HrvCXH03xbGvwE6gqIUF0HRBxSPA4gWpksFviHYSgWHNiErEmcIMttXmezCKdz20hQNAMl9Bwsggruyei_7sdlUIOxKjS5hzL-VS-HoqbnCoPJZriemGRK0156kqQPUqbaa2M7y6CKLjm7u8CUdjLZVkE3MmU32mDb_pc6I4g2yiQEheTpjtDFujA0VlioqUuY3za8v2bM2XlJYWdd11IVA
For me of cos happy on behalf of her/him..tahniah yer..berbaloi i buat blog ni bila mana u all dapat sedar diri sudah ditipu...Alhamdullilah..jumpa lagik!:)

Tuesday, May 4, 2010
Friday, April 2, 2010
....AREZZO-PENIPU-AREZZO-PENIPU....
Alhamdulilllah..
Terima kasih pada semua yang memberi respon kepada discussion kita dalam usaha mencari penyelesaian untuk mereka yang sudah tertipu dengan salesman/gal Arezzo durjana..pada yang sudah berjaya dalam tuntutan, jangan lupa untuk sentiasa melawat blog ni dan memberi panduan kepada rakan2 kita yang senasib..yang dalam usaha, jgn berputus asa...insyaAllah, kami sedia membantu anda setakat yang terdaya..latest news today, kepada budak geram tahniah kerana berjaya dapat claim full, jgn lupa berterima kasih padaNya, dan jgn lupa amik pengajaran...:) ...kepada amylia, ika, etc..saya berharap kejayaan juga di pihak anda..apa2 news tuntutan anda, share lah kat sini...kepada kawan-kawan lain yang sama-sama pernah tak keruan ditipu Arezzo, Eda..Melissa, Hani..amboi, lama tak dengar berita ye..mai sama2 bergandingan tolong kawan2 kita ni k...daaaaa....assalamualaikum.

Monday, February 22, 2010
AREZZO OH AREZZO
Terima kasih kepada geng yang sudi berkongsi pengalaman n membantu kawan2 lain yang terkena dengan Arezzo..komen anda sangat dihargai...walaupun kita bukan saling kenal mengenali..insya-Allah..hanya Allah yang akan membalas jasa baik kita membantu kawan2 lain..bagi saya secara peribadi..i ve got back my money..n ni je la cara yang saya mampu buat untuk mengahalang lebih ramai yang tertipu..untuk menutup syarikat arezzo terus mgkin bukan keupayaan yang saya ada...
Sunday, January 24, 2010
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TERTIPU...
Guys..pihak arezzo mmg menelak dari gi court pengguna...buktinya..diorang sanggup bayar balik 100% tuntutan pemulangan barang...x percaya...ni cek dari diorang...kalau diorang nak bayar 70% ke..80% ke..jgn layan...firm dengan claim balik 100%!!!!!!
Wednesday, January 13, 2010
AREZZO; KOYAK DAN MENANG
December 30, 2007 17:57 PM
Taktik Gores Dan Menang Kini Jadi Koyak Dan Menang, Tujuh Ditahan
GUA MUSANG, 30 Dis (Bernama) -- Tujuh lelaki ditahan di sini semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan jualan langsung mengunakan taktik `Koyak dan Menang', iaitu konsep jualan yang seakan-akan menyamai `gores dan menang' yang diharamkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) awal bulan ini.Kegiatan berkenaan terbongkar ekoran penangkapan semua lelaki yang berumur antara 15 dan 35 tahun itu oleh sepasukan anggota polis cawangan jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, kira-kira pukul 8 malam.Semua mereka yang berasal dari Ipoh, Perak, ditangkap dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Bandar di sini, selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan mereka.Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Kuala Krai, Halijah Sandiman ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Akta Jualan Langsung (AJL) 1993.Menurutnya lelaki-lelaki itu dipercayai dalam perjalanan kembali ke penginapan mereka selepas menjalankan urusniaga di sekitar bandar, dan semasa diperiksa polis turut menemui kad-kad `koyak dan menang' bersama lima barangan yang dipercayai untuk ditawarkan sebagai hadiah.Beliau seterusnye memuji sikap penduduk tempatan yang bertindak segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan penipuan itu, sehingga membawa kepada penangkapan tersebut.Halijah berkata siasatan mendapati kumpulan berkenaan menggunakan taktik yang seakan-akan sama dengan kegiatan `gores dan menang' dimana pelanggan ditipu seolah-olah memenangi barang-barang seperti tilam, penapis air, mesin jahit, microwave dan dapur, namun ia tidak boleh dituntut pada hari yang sama.Menurutnya `para pemenang' koyak dan menang itu hanya dijanjikan akan menerima hadiah-hadiah yang didakwa dimenangi mereka pada harga yang `istimewa', selepas mereka membuat bayaran.-- BERNAMA

Tuesday, January 12, 2010
JIKA ANDA MANGSA AREZZO ....
1ST...PI TRIBUNAL...
2ND..LAPORKAN..
3RD TUNGGU HEARING DAY...
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DITIPU...
MEREKA HANYA BERLAKON SEOLAH2 ANDA LAH MANUSIA YANG PALING BERTUAH..BUY 1 FREE 1......

MANGSA AREZZO; STRATEGI PEMASARAN
Kes 1
Aku dan suami ni tak penah berpengalaman langsung dengan skim gores dan menang ni..nak2 sekarang ni diorang dah tukar tektik baru yang kami langsung tak penah tau..tapi buat pertama kali dalam hidup kami terkena ngan malaun yang bawak barang AREZZO . Ni lebih kurang ayat yang aku rangka sblm g tribunal tuntutan pengguna n sebelum suami aku edit.. AREZZO PENIPU!!!
ADUAN TERHADAP SYARIKAT ITAREZZO SDN BHD
Pada ****, kira-kira jam ***, saya telah berkunjung ke ****. Kemudian kami dihampiri oleh seorang promoter yang memperkenalkan diri sebagai ***dari syarikat Itarezzo Sdn Bhd yang ingin mempromosikan produk berjenama Arezzo dan ingin memberikan produk percuma iaitu Arezzo Sun Shade.
Kami diminta untuk mengisi form sebelum mendapat hadiah percuma tersebut. Seterusnya, En. *** meminta masa kami selama beberapa minit untuk mendengar promosi terhadap 2 barangan. Barangan yang dipromosikan adalah:
1) Arezzo Induction Cooker-dengan harga RM31992) Arezzo Microwave Oven- dengan harga 3099
Di dalam hadiah percuma yang diberi, terdapat 2 kad baucar yang nilainya akan kami ketahui sekiranya kami membuka kad baucar tersebut yang di ‘seal’. Kami juga diberitahu, biasanya baucar yang ditawarkan bernilai RM100, RM200, dan RM300. Kemungkinan juga setiap kad baucar yang ditawarkan ini akan mendapat hadiah percuma lain berupa juicer (bernilai RM800) yang mana akan diperolehi sekiranya kami membeli mana-mana 1 barang Arezzo.
Sebelum kami membuka baucar tersebut, promoter tersebut menurunkan tandatangan beliau di luar sampul baucar tersebut dan membuka baucar yang diseal itu sehingga seal hampir putus dan seterusnya menyerahkan pada kami. Setelah kami membuka baucar tersebut, kami mendapati kami memenangi Arezzo Induction Cooker yang bernilai RM3199 di samping baucar RM100.
Promoter ini dilihat terkejut kerana setahu beliau, tiada hadiah percuma “buy 1 free 1 Arezzo Induction Cooker”, tapi beliau yakin baucar tersebut adalah betul memandangkan beliau yang tandatangan kad baucar tersebut sebelumnya.
Promoter tersebut nampak tidak percaya lalu ditanya kepada rakannya akan kemungkinan baucar itu tersalah cetak. Kemudian rakannya itu,dengan penuh kehairanan membuat satu panggilan kepada seorang perempuan yang didakwa sebagai Cik *** dari ibu pejabat syarikat Itarezzo Sdn Bhd. Saya suami isteri juga tergamam waktu itu kerana kedua-dua promoter kelihatan kaget dan sangat terkejut. Setelah promoter itu bertanyakan kemusykilan beliau kepada Cik *** , Promoter yang membuat panggilan menyerahkan telefon beliau kepada saya untuk bercakap sendiri dengan Cik *** . Cik *** yang bercakap dalam telefon itu bertanya sama ada saya ini adalah saudara-mara pada promoter kerana saudara mara pekerja tidak berhak untuk mendapat hadiah ini. Cik *** ini mengatakan betapa bertuahnya kami suami isteri kerana di dalam Malaysia hanya 35 kad baucar yang sebegini ditawarkan. Tawaran ini diadakan bersempena dengan bulan perayaan Krismas.
Seterusnya, dalam masa yang sama ada seorang lagi promoter yang datang dan ingin melihat kad kredit kami. Mereka beramai-ramai mengatakan betapa bertuahnya kami kerana kad kredit Maybank yang saya gunakan sekiranya kami membuat pembayaran melalui installment akan membolehkan kami mendapat satu lagi hadiah percuma iaitu ionizer. Kami sedar biasanya, kalau purchase dengan kad kredit dan installment , credit centre kad kredit akan bercakap dengan kami dahulu untuk verification, tetapi untuk kes ini, promoter mengatakan approve adalah serta merta.Kami terus didesak untuk jawapan kerana baucar ini hanya laku malam itu sahaja.
Setelah didesak bertalu-talu, akhirnya kami membeli Arezzo Microwave Oven- dengan harga 3099 dan menggunakan baucar RM 100 yang kami dapat bersama hadiah, kami dikenakan harga RM2999. Pembayaran dilakukan dengan cara installment kad kredit Maybank selama 12 bulan. Barangan yang kami perolehi kami disimpan terlebih dahulu di rumah tanpa digunakan atau dicuba.
Keesokan harinya iatu pada ******, setelah melayari internet, kami mendapati promoter ini menipu dan menggunakan modus operandi yang sama kepada ramai orang dan di pelbagai tempat. Hadiah yang dikatakan julung-julung kali dimenangi kami sebenarnya telah lama terkena kepada ramai orang. Justeru itu aduan ini dilakukan atas dasar kami ingin memulangkan barangan yang kami beli dengan taktik jualan yang menganiaya dan kami boleh dapati dengan harga yang lebih berbaloi di tempat lain.
___________
2 malam beb aku cam fobia teringat kan lakonan malaun2 hampehs ni..sedih tol yang pekena tua antaranya orang melayu bertudung n claim satu negeri dengan aku lagi...aku sumpah kena panah petir sumer2 ni!!!!!

GORES DAN MENANG
Guys..blog ni atas dasar prihatin supaya anda tidak terkena seperti saya yang terkena dengan syarikat Itarezzo Sdn bhd. yang menjual barangan Arezzo di KB Mall, Giant Seksyen 13, Carrefour, Mid valley (hanya disebut sekadar beberapa nama tempat...)...mereka adalah syarikat gores dan menang...laporkan kepada tribunal jika anda sudah terbeli dan adalah mangsa...
AREZZO: GORES DAN MENANG
http://attoch.blogspot.com/2009/07/keluar-perut-gergasi-masuk-mulut-buaya.html
http://rindu-memaksaku-menyayangi-mu.blogspot.com/2009/03/kitchen-queen.html
http://naha-ragammanusia.blogspot.com/2008/09/hati-hati.html
http://malaysiansupermummy.blogspot.com/2009/05/adakah-saya-hampir-terlibat-dalam-gores.html
http://lovelyever.blogspot.com/2009/09/shopping-raya.html

Subscribe to:
Posts (Atom)